TEST

Monday, 19 November 2012

Latihan Kata Nama Khas


Latihan- 2

A.   Bulatkan kata nama khas di bawah.

     1.   Bapa bekerja di Wisma Kayangan.

     2.   Kok Heng mengadakan kenduri kahwin anaknya.

     3.   Abang membela seekor ayam bernama Jalak Hitam.

    4.   Ibu Haizat pandai memasak nasi daging.

    5.   Hooi Meng suka bermain komputer pada masa lapang.

    6.   Pasar Mini Jimat akan mengadakan jualan murah mulai esok.


B.  Tuliskan kata nama am dan kata nama khas pada ruangan yang disediakan.


kucing
Selangor
kerusi
Si Tikus
Taman Negara
Tugu Negara
padang
pensel
Datuk Lee
Proton Persona
Cikgu Lau
buku cerita
pokok
baju
Pulau Redang
pembaris


Kata Nama Am
Kata Nama Khas
1.
1.
2.
2.
3.
3.
4.
4.
5.
5.
6.
6.
7.
7.
8.
8.

Latihan Kata Nama Am


Latihan
     A.  Isi tempat kosong dengan kata nama am yang sesuai.

pensel
sungai
guru
kucing
bunga
padang

    1.   Ali menemui seekor ___________ yang cedera di tepi longkang.

    2.   Aminah memetik sekuntum ___________ di halaman rumahnya.

    3.   Beliau bekerja sebagai ___________ sejak lima tahun yang lalu.

    4.   Muthu dan Amirul bermain bola sepak di ___________.

    5.   Mei Ling dan datuknya menjala ikan di _____________ yang berhampiran   
        rumahnya.

    6.   Cikgu Siti menghadiahi Nelly sebatang ____________.



   B.  Gariskan kata nama am pada ayat-ayat yang berikut.

   1.   Kami berkumpul di hadapan sekolah.

   2.   Pak Izwan menebang pokok yang besar itu.

   3.  Linda memakai baju yang berwarna biru.

   4.   Anak Pak Ramli gemuk dan sihat.

   5.   Encik Mohan baru membeli sebuah van yang baru.

   6.   Siva membeli jam tangan yang berjenama Seiko.

Saturday, 17 November 2012

Perbandingan Kata Nama Am Dan Kata Nama Khas

Kegunaan
Kata Nama Am
Kata Nama Khas

Benda
bangunan
kereta
buku
sekolah
Bangunan Tabung Haji
Toyota Alphard
Bahasa Melayu
S.K. Mergong

Orang
doktor
kerani
guru
budak lelaki
Doktor Amir
Puan Zaiton
Cikgu Anuar
Muhamad Fitri

Binatang
kucing
lembu
katak
ayam
burung
Si Comel
Lembu Sapi
Katak Puru
Ayam Belanda
Burung Murai

Tempat
negeri
bandar
kampung
tasik
Johor
Johor Bahru
Kampung Belukar 
Tasik Kenyir

Tumbuhan
pisang
cili
jambu
limau
Pisang Emas
Cili Padi
Jambu Batu
Limau Kasturi

Thursday, 15 November 2012

Kata Nama Terbitan




Kata Nama Terbitan
 
Kata nama Terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan.
 
Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan :
 
          di awal kata ( awalan )
          di akhir kata ( akhiran )
          di awal dan di akhir kata ( apitan )
 
Sila teliti contoh-contoh imbuhan  :
 
di awal kata
pe- , pem-, pen-, peng-, penge-, per-, dan ke-
di akhir kata
-ita, -man, -wati, -an, dan -wan
di awal dan di akhir kata
per- -an, penge- -an, peng- -an, pen- -an, pem- -an, pe- -an, dan ke- -an
 
Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama terbitan terdiri daripada beberapa kelas iaitu :-
 
kelas kata
kata dasar
kata terbitan
kata kerja
peraga
latih
bawa
lawan
peragawati
latihan
pembawaan
perlawanan
kata sendi
oleh
untuk
perolehan
peruntukan
kata nama
lombong
rumah
guru
perlonbongan
perumahan
perguruan
kata adjektif
cantik
besar
tinggi
kecantikan
pembesar
ketinggian

Kata Ganti Nama





Kata Ganti Nama:

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, Kata ganti nama dibahagikan kepada dua sub-
golongan kecil, iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri .

i)        Kata ganti nama tunjuk
ii)       Kata ganti nama diri



Ganti nama diri pula dibahagikan kepada ganti nama diri orang dan ganti nama diri tanya.
Ganti nama diri orang terdiri daripada ganti nama diri orang pertama, ganti nama diri orang
kedua
dan ganti nama diri orang ketiga.



Kata Ganti Nama Tunjuk:
 
Kata ganti nama tunjuk ialah perkataan yang menjadi pengganti pada kata nama dan mendukung maksud menunjukkan benda atau perkara yang dirujukkan itu (Nik Safiah Karim, 1989 : 64). Ada dua kata ganti nama tunjuk iaitu ini untuk menunjukkan pada yang dekat dan itu untuk menunjukkan ada yang jauh.


Kata Ganti Nama:
 
Kata ganti nama diri dibahagikan kepada kata ganti nama diri pertama, kata ganti nama diri kedua dan kata ganti nama diri ketiga.

Kata Ganti Nama Diri Pertama Penggunaan Contoh Ayat
Aku Merujuk kepada diri sendiri Aku hendak pergi ke perpustakaan
Beta Digunakan oleh kerabat diraja Beta berharap negara bertambah maju dan makmur.
Hamba Merujuk kepada diri sendiri "Hamba mohon ampun daripada baginda," kata Hang Tuah
Kita Merujuk diri sendiri dan diri orang kedua "Kita akan berkelah di Port Dickson," kata Ahmad kepada Azri.
Kami Merujuk diri dan rakannya apabila bercakap dengan orang kedua "Kami diminta membersihkan bilik darjah,"kata Amin dan Ali kepada Zulkifli.
Saya Merujuk diri sendiri Saya dilantik menjadi ketua darjah dalam kelas 2 Arif.


Kata Ganti Nama Diri Kedua Penggunaan Contoh Ayat
Anda Merujuk diri orang kedua Anda dikehendaki beratur ketika menaiki LRT.
Awak Merujuk diri orang kedua Awak disuruh membersihkan bilik darjah.
Engkau Merujuk diri orang kedua Engkau hendak pergi ke kedai buku?
Kamu Merujuk diri orang kedua Kamu mesti belajar dengan lebih tekun.



Kata Ganti Nama Diri Ketiga Penggunaan Contoh Ayat
Beliau Digunakan untuk merujuk orang yang dihormati Beliau dilantik menjadi pegawai penerangan.
Baginda Digunaan untuk kerabat diraja Baginda telah berangkat ke luar negeri.
Dia Digunakan untuk diri orang ketiga Dia datang awal ke pejabat sekolah
Mereka Bilangan orang lebih daripada seorang Pentas dihiasi oleh mereka dengan cantik.

Kata Nama Khas



Ä  Kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.
Ä Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang.
Ä Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan dan sebagainya.
Ä Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas.

Benda
Seri Aman, Volvo, Parker , Hikayat Hang Tuah
Orang
Cikgu Liew, Inspektor Aziz, Dr. Leng
Binatang
Si Tikus, Pak Belang, Sang Kancil
Tempat
Pulau Redang, Shah Alam, Pulau Pinang


Ä  Biasanya, huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.

Judul Buku
Kamus Dewan (buku), Upin Ipin (majalah)
Binatang
Jalak Hitam (ayam), Si Tompok (kucing)
Tempat
Kota Setar (daerah), Sungai Petani (bandar), Korea (negara)
Benda
Proton Persona (kereta), Parker (pen), Rolex (jam)
Manusia
Ali, Su Ling, Muthusamy
Bangunan
Wisma Kayangan (pejabat)

Tip Harian




Menghalau Semut:
Masukkan beberapa batang kulit kayu manis dan bunga cengkih ke dalam bekas berisi gula.

Mengelakkan Lipas:
Ambil beberapa helai daun pandan dan letakkan di tempat kegemaran lipas seperti almari pakaian dan ceruk-ceruk dapur. apabila daun pandan itu sudah layu, gantikannya dengan daun-daun baru.

Menormalkan Suhu Badan:
Anda dinasihatkan jangan minum minuman yang sejuk. Amalkan meminum air suam sekiranya dahaga.


Demam Selsema:
Telan seulas bawang putih setiap kali selepas makan sebanyak 3 kali sehari. dan minum air perahan bawang putih dan limau serta berkumur air wap bawang putih.

Meredakan  Batuk:
Minum 1 camca besar madu lebah dicampur dengan limau nipis tiga (3) kali sehari.

Mengembalikan Kesegaran Kepala:
Ramas 7 biji limau nipis yang telah dipotong melintang ke dalam bekas air suam. tapis air limau itu dan lumurkan kepada kepala selama 10 minit. Kemudian barulah dibilas. lakukan diwaktu petang.

Menghaluskan Kulit Muka:
Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepong ubi. kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. biarkan ia mengering lebih kurang 15 minit. selepas itu barulah dibilas.

Limau Nipis Mencantikkan Badan:
Sediakan segelas air suam & masukkan 3 sudu kecil daun teh & juga sebiji air perahan limau nipis.  Biarkan semalaman.  Minum setengah gelas di waktu pagi & setengah gelas lagi waktu petang.  Amalkan 3 kali seminggu.