TEST

Monday, 12 November 2012

Kata Nama



KATA NAMA AM

Ä Kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat, benda dan sebagainya.

Manusia
ayah, kerani, guru, doktor, perempuan
Binatang
ayam, gajah, anjing, kuda, burung
Tumbuh-tumbuhan
pokok, betik, rumput, lalang
Benda
pasir, kayak, radio, rumah, pen, buku
Tempat
pejabat, pulau, sekolah, bandar, negeri, kampung

Ä Jenis-jenis Kata Nama Am

   C  Kata nama am dapat dibahagikan kepada :

(a)   Konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, dapat dirasa atau dapat dilihat
Contoh : buku, meja, kawan, petani, sekolah dan
              sebagainya.
(b)   Abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan  atau dikhayalkan.
Contoh : cerita, tangisan, perayaan, kehendak dan
              sebagainya.

 Ä Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.
 C Contoh :
                      (a)        Dia sedang menjinakkan seekor gajah.
        (pada akhir ayat)
(b)        Gajah itu berbadan besar.
                (pada awal ayat)


KATA NAMA KHAS

Ä  Kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.
Ä Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang.
Ä Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan dan sebagainya.
Ä Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas.

Benda
Seri Aman, Volvo, Parker , Hikayat Hang Tuah
Orang
Cikgu Liew, Inspektor Aziz, Dr. Leng
Binatang
Si Tikus, Pak Belang, Sang Kancil
Tempat
Pulau Redang, Shah Alam, Pulau Pinang

Ä  Biasanya, huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.

Judul Buku
Kamus Dewan (buku), Upin Ipin (majalah)
Binatang
Jalak Hitam (ayam), Si Tompok (kucing)
Tempat
Kota Setar (daerah), Sungai Petani (bandar), Korea (negara)
Benda
Proton Persona (kereta), Parker (pen), Rolex (jam)
Manusia
Ali, Su Ling, Muthusamy
Bangunan
Wisma Kayangan (pejabat)


2 comments:

  1. Apa beza Kata Nama AM & Kata Nama Khas ?

    ReplyDelete
  2. Kata Nama Am ialah perkataan yang secara umum manakala Kata Nama Khas ialah perkataan yang secara khusus.

    ReplyDelete